Tuesday, December 20, 2016

#016

PERINGATAN BUAT DIRI

bermula dari alam yang satu,
ditutup hijab sejak digelar insan.
meniti perjalanan tanpa sedar
bertatih mengejar ilmu
perjalanan masa hadapan.

rasa mencungkil telalu lama.
walhal dapat hanya setitik.
jangan rasa diri terbaik.
masih ada yang lebih menunduk.

ketika bersua bersila sekali,
semakin lama kau mara sekaki.
seakan leka dengan posisi
jauh lari dari hakiki.
gaya yang menusuk hati.
hilang bagai dilitupi salji.

langkah dunia terlalu singkat.
langkah menuju kiamat kecil makin mendekat.
diri semakin lemah dek usia.
hati jangan sekali rapuh.
dunia sering kata pergi
akhirat selalu sebut kemari.

kini hati mencari cari.
identiti diri yang tersendiri
visi lama hilang dek kealpaan
jauh sekali ingin belari
cuma mencuba untuk gagah berdiri
moga capai keperibadian murni.


tanpa fikir panjang,
ANIS AQMAR

No comments:

Post a Comment